KEPALA BATAS, 2 JUN: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian beberapa suspek merampas dan melarikan sebuah kereta Perodua Axia di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang dekat sini, semalam yang videonya tular di media sosial.